Tuesday, June 16, 2009

MANUSIA JADI2AN (MACAN KERINCI).









MANUSIA JADI-JADIAN (MACAN).

Cerita ini ku dapati dari teman karibku,dimana ia adalah seorang warga Indonesia,dan becerita kapadaku kejadian2 yang aneh yang pernah ia sendiri melalui. Di antara benarnya ataupun tidak,tidak pula aku sendiri dapat pastikan,kerena aku sendiri belum pernah lalui kisah2 seram seperti diblog ini.

Cerita kisahnya begini:-
Sekitar tahun 70'an,sewaktu umur temanku masih menjangkau belasan tahun.Di masa itu bapanya pernah mengajak dan mengikutnya untuk belajar cara berniaga kecil2lan, dengan menjual bangku2 kayu yang di hasilkan sendiri. Dengan cara itu,bisa jua dapat menampung kehidupan seharian keluarga. Bukan hanya bangku2,tapi banyak lagi produk2 bahan lain nya..seperti penyapu lidi dari kelapa,bakul2 rotan,hiasan2 rumah dan banyak lagi. Dan caranya pula,bukan memakai mobil atau kendati,tapi..harus di pikul dan di gendong semua benda2 itu,dengan mengunakan kayu pemikul..sambil meneriak...Bangku-bangku,sapu-sapu..!begitulah caranya. Dan hampir segala pelusuk kampung, yang temanku lalui bersama bapanya.

Dan suatu ketika di mana ia telah sampai ke suatu kampung pendalaman,dimana ia tidak ketahui,cuma tahu kampung itu di sebut kampung KERINCI. Disini lah bermulanya cerita sepenuhnya.Jika di lihat dari sudut perkampungan Kerinci ini,ternyata orang-orangnya amatlah peramah pada tetamu,baik dari segi layanan- layanan nya,dan amat menghormati satu dengan lainnya. Baik yang muda mahupun yang tua.Begitulah cara2 mereka. Kerana terlalu awal atau masih siang hari,temankupun meneruskan niaganya,dari satu rumah ke satu rumah,dan bertanya kapada mereka...Bu?mau beli bu..?ada kursi dan bangku2 kayu,sapu lidi dan lain2.Ibu itu menjawab!Oh..!ngak nak,gitulah disambutnya..lalu ke rumah lain pula..ada bapak yang sedang duduk2 di berandah rumahnya.."ditanya lagi oleh temanku,..Pak? mau beli pak,ada bangku2 dan macam di jual,yang dibawa saya? Bapak itu hanya senyum..dan mengeleng2kan kepalanya,bermaksud tidak mahu. Lalu teman ku dan bapanya pun berlalu,dan meneruskan perjalanan kerumah lain.

Hari semakin lama,semakin kedatangan masuk waktu senja,dan matahari pun hampir2 tenggelam di telan waktu. Teman ku dan bapanya,tidak tahu mahu nginap dimana?pada masa itu.Dengan barang2ngan yang di bawa bersama2.
Lalu terasa kesyukuran mereka,kerena ada juga keluarga yang bersimpati pada temanku dan bapanya,dan menyatakan kapada temanku dan bapanya."Sampaian nginap disini aja?kerena hari udah larut malam"?
Udah masuk Azan maghrib,dan teruskan aja perjalanan niaganya di pagi esok!!.kata salah satu keluarga orang itu. Lalu selepas memikirkan,dengan keadaan,dan terlalu letih seharian menjaja..maka temanku dan bapanya menerima perlawa'an keluarga yang baru saja dikenali,dan mengucapkan terimakasih .

Tetapi..,sebelum ianya sampai dirumah tersebut,disiang hari tadi temanku dan bapanya..,telah menebang 2batang pisang,tanpa temanku sendiri tidak ketahui..maksud bapanya. Pernah temanku bertanya kapada bapanya.."Pak?mau di buat apa,dengan batang pohon pisang ini?..tapi bapanya hanya berdiamkan diri..tidak menjawab soalan nya.Lalu temanku tak mengedahkan soalan itu lagi,dan hanya di perhatikan kelakuan bapanya.
Dalam senja yang menyulupi kergelapan malam,Tiba2 terdengar laungan Azan Maghrib berkumandang dari masjid dan surau2 yang berdekatan di kampung itu.Begitu jua setrusnya sehingga ke waktu isyak.

Jam hampir2 masuk waktu untuk tidur. Teman ku dan bapanya diberikan satu kamar..yang emang di kosongkan..bersama2 tikar dan bantal buat nginap sementara di rumah keluarga itu. Dan kami mengucapkan salam terimakasih sekali kapada keluarga itu,kerena terlalu merepotkan segala keperluan.
Pintupun di tutup dari dalam kamar,Tiba-tiba..temanku dan bapanya mendengar suatu suara yang amat mengerikan..iaitu ngauman Harimau.Rasanya seperti ada sesuatu yang tidak enak di kampung ini...kata hati temanku,.tapi disuruh diam oleh bapanya.Bapa temanku itupun terus mengambil pohon batang pisang yang ditebang sianghari tadi,dan di baringkan seperti orang yang lagi tidur,dan di selimutkan bersama kain.Lalu menyuruh temanku naik di pangkalan bumbung rumah,dan melihat apa yang akan terjadi sebentarlagi.Dengan tiba2..,pintu kamar yang tadi udah di kunci..,seperti ada yang mahu buka..secara paksa.

Terbukanya pintu..Tiba2..Astagfirullahul'adzim..!!!..3ekor Harimau menyeludup
masuk ke kamar temanku sambil mengaum dan membaham 2 batang pisang yang telah disiapkan tadi oleh bapanya.Habis dan ranap di kerjakan..hingga hancur berderai batang2 pisang tadi.Disitu baru lah temanku mengerti ,kenapa bapanya menebang batang pisang,dan menyuruh nya memanjat keatas palang2 bumbung rumah. Setelah habis di baham,ke 3 tiga ekor harimau tadipun keluar dan berlalu.Sambil itu temanku dan bapanya masih menengek di palang2 bumbung dan tidak tidur semalaman,dan menunggu sehingga pagi hari. Bila pagi menjelma..temanku dan bapanyapun turun dari palang2 bumbung..,dan membersehkan kotoran2 batang2 pisang,dan membuangnya dari sudut tingkap. Setelah itu temanku dan bapanya,berpura2 tidak ketahui tentang kejadian semalam itu.Ditanya oleh keluarga itu kapada bapa temanku! Bapak semalam ke mana?Tapi bapa temanku mengatakan..ada,kami lagi tidur..di kamar.Itu lah suatu kejadian yang tak dapat temanku melupakan,sewaktu mengikut bapanya berniaga di sebuah desa yang di sebut Kampung KERINCI.di Indonesia.Pagi itu jua bapa temanku mohon pamit kapada keluarga yang menumpangkan penginapan,dan mengucapkan Salam terimakasih sekali lagi kapada keluarga itu.Sehingga bila teman ku berceritakan hal ini..kapada ku, naik bulu roma ku yang mendengar nya.


Nota:
Antara benar atau tidak!!..Anggap ini hanya satu Cerita aja..dan tidak ada kena mengena kapada sesiapapun,baik yang hidup ataupun yang sudah tiada.Terima kasih kerana sudi membaca.

2 comments:

  1. aku rasa itu benar adanya..karna aku pernah tau hal itu

    ReplyDelete
  2. ok,,,bro!!!!trmakasih atas komen2 yg di ketengahkan.

    ReplyDelete