Wednesday, June 10, 2009

BISIKAN YANG MENGERIKAN..!

BISIKAN YANG MENGERIKAN..!

Aku bekerja sebagai budak pejabat atau dikenali sebagai DespatchClerk ,di sebuah firma guaman (Legal firm) di sekitar bandar. Selalunya apabila sudah habis waktu bekerja,aku akan diberi kerja lebih dan di beri upah tambahan sebagai khidmat yang aku kerjakan. Selalu aku akan lakukan kerja2 lebih itu hanya sebelah malam sahaja..,kerena di sebelah malam kebanyakan orang2 yang akan aku temui itu sudah berada di rumah masing2. Jadi itulah satu2nya tugas yang aku laksanakan tiap hari. Tanpa mengira waktu dan masa.

Pada suatu hari,aku terlalu penat dan letih,maka aku terasa ingin pulang saja kerumah setelah seharian bertugas di pejabat,dan memikirkan yang satu tugas ini,biar di uruskan untuk esok pagi. Lagipun yang satu ini tidaklah begitu Urgent atau suntuk masanya. Maka akupun simpan didalam beg dan stanby untuk esok pagi. Kebetulan documen2 saman yang aku ingin berikan kapada yang kena saman itu,tinggal hanya sebelah blok ku.Itu pasal aku seperti tidak ambil kisah sangat tentang penghataran dokumen saman itu.

Isteriku pun menegur padaku,!! U..? hari ni U tak bikin hantaran saman ke? dengan nada yang letih dan penat,aku menjawab soalan itu pada isteri ku" Ta'apa lah,Esok pagi pun boleh..,sebab lagipun ianya tak begitu Urgent. Ooh!!..padanlah hari ini U pulang kerumah awal.Itulah keluhan dari Isteriku. Hari semakin senja dan tengelam segala terang yang siang tadi,dan lalu akupun masuk kamar dan tidur hingga kepagi.

Setelah pagi menjelma,dah pun bangun dan membersehkan badan,akupun siap2kan diri untuk ke pejabat.Sebelum ke pejabat selalunya aku akan pergi bersarapan bersama2 isteriku di kedaikopi kejiranan kami. Dalam perjalanan ke kedaikopi,isteriku menegur dan mengingatkan tentang servis document di sebelah blok. " U tak hantar ke dokument itu?kata isteri ku pada ku. Dengan tercengang akupun menjawab " Ae..ah..ah ae!!!... nasib baik awak ingatkan..kataku kapada isteriku. OK..! U tunggu sebentar disini,Aku naik atas ke blok yang di maksudkan untuk memberi servis saman ini pada yang di saman. Lalu akupun pergi dan menuju ke blok yang di maksudkan itu.

Setelah tiba di blok itu,akupun memicit butang lif. Sambil menuggu lif akupun tidak perasan bahwa di bawah blok itu ada suatu kematian orang tionghua.
Lif pun tiba, aku pun masuk ke dalam lif dan memicit butang lif ke tingkat 12. Setelah pintu lif tertutup,tiba2 seluruh anggota tubuhku seperti rasa berlainan dan naik seluruh bulu roma. Waktu itu tidak pula terfikir yang bukan2. Maklum2 sajalah, lagipun sudah pagi hari...takkanlah ada hantu..!dalam benakhati berkata. Nak tahu apa terjadi dalam perjalanan naik di dalam lif? Mungkin jua ada yang tak akan percaya dan tidak mahu percayai tentang cerita ini.

Ini lah waktunya,sekitar jam 8.13 pagi,dalam perjalanan menaiki lif ke atas..
Tiba2 terdengar Suara,dekat sekali dengan kuping telinga ku ,sambil menyebutkan dengan perkataan ATI..Ooo..!dalam bahasa cina(Tionghua).yang amat perlahan dan berdengungan. Astagfirrullah'huadzim...!terperanjatnya aku waktu itu. Apa tidaknya? Kata orang kalau waktu senja atau malam,mungkin juga.Ini waktu di siang hari,pagi pula.kan macam percaya dan tidak? Itulah pengalaman ku di sianghari semasa di dalam lif.

Akupun tak memperdulikan tentang suara yang berbisik di telingaku itu.Apabila pintu lif terbuka,akupun bergegas keluar dan teruskan tugas ku ke alamat yang tertera di dokumen saman .Selepas menemui si piutang itu,akupun turun kembali,dan menaiki lif untuk turun,juga lif yang sama. Dan dalam perjalanan turun itupun begitu jua.Suara yang sama membisik2kan di kuping telinga ku.Sahaja dan selamba aku buat tak indah aja.Bila tiba di bawah tingkat satu,tiba2 pintu lif seperti berat untuk terbuka dan tersekat2. Akhirnya pintu lif pun terbuka,dan aku langsung keluar dari lif. Masa keluar dari lif itu,barulah aku terpandang dan perasan ,benar2 menghadap di depan lif...........
ada gambar apek yang baru mati di semadikan dibawah kolong blok berkenaan. Mungkin jua suara yang kedengaran tadi itu,adalah suara roh apek yang sudah mati ini.Hanya berkemungkinan saja,Antara percaya dengan tidak percaya...terpulang pada diri hak masing2.Itu sajalah cerita yang dapat aku coretkan..,buat pembaca2 blog ini.Apa pendapat anda tentang cerita2 ini?
Sekiranya sudi untuk KOMEN2, di persilakan. .dan Selamat membaca.terimakasih. Wassalam.

No comments:

Post a Comment